Menerusi video dari @christhechindian, kelihatan dia telah menemu bual peniaga yang menjalankan bisnes jualan makanan di Victoria Park, London.
Dapat dilihat kedai makan yang bernama ‘Eat Lah’ ini beroperasi kecil-kecilan di kawasan berkenaan. Apa yang menariknya, keluarga itu menjual makanan asli dari Kelantan iaitu nasi kerabu.
Ditanya mengenai pendapatan yang diraih setahun, peniaga itu menjawab dia boleh memperoleh $400,000 bersamaan dengan RM2.25 juta.
Difahamkan, lelaki Cina berkenaan adalah kelahiran British yang kemudiannya berkahwin dengan wanita rakyat Malaysia dari Kelantan.
Dia yang sebelum ini merupakan seorang arkitek memutuskan untuk meneruskan minatnya dalam bidang masakan. Bisnesnya itu juga mendapat sokongan daripada isteri dan ahli keluarganya yang lain.