
Kerajaan akan meluaskan pemindahan kelayakan BUDI Diesel kepada selain ahli keluarga berkuat kuasa serta-merta.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, penerima yang layak kini boleh memindahkan kelayakan skim itu kepada mana-mana warganegara Malaysia yang menerima manfaat BUDI95.
Sebelum ini, kelayakan hanya dibenarkan dipindah dalam kalangan ahli keluarga terdekat.
Anwar yang juga menteri kewangan turut mengumumkan bahawa pemilik berdaftar yang memiliki lebih daripada sebuah kenderaan diesel dibenarkan memindahkan kelayakan BUDI Diesel kepada sehingga tiga buah kenderaan.
“Kita kerajaan yang cekap. Umum hari ini, kuat kuasa serta-merta,” katanya berseloroh ketika berucap pada sambutan rasmi Hari Malaysia di Kuching, Sarawak, malam ini.
Turut hadir, Yang Dipertua Negeri Sarawak Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Timbalan…