
Kemenangan pihak ketiga atau Perikatan Nasional (PN) mewajarkan rundingan antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN), menurut seorang pemimpin PKR.
Ahli Majlis Pimpinan Pusat, R Yuneswaran, berkata PN akan untung di Johor apabila BN tidak dapat meraih sokongan pengundi Melayu.
“Kelebihan rundingan adalah untuk mengelakkan kemenangan berpihak kepada kumpulan ketiga atau PN. Apabila BN tidak mendapat sokongan majoriti pengundi Melayu, ia akan menguntungkan PN di Johor.
“Jika BN dan PH berunding, ia mungkin memberi peluang lebih baik kepada kedua-dua gabungan,” katanya kepada FMT.
Yuneswaran kata Pengerusi PH Anwar Ibrahim sudah menunjukkan kematangan apabila bersedia mengadakan rundingan dengan BN.
Pada Ahad, Anwar berkata beliau tidak teragak-agak untuk mengadakan pilihan raya lebih awal sekiranya PH terus…