
GAZIANTEP (Turki): Pasukan penyelamat kedua Malaysia yang dihantar bagi membantu kerja mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi Turki (MAS-10) yang tiba di Gaziantep pada petang Khamis, masih tidak dapat memasuki ‘ground zero’ akibat masalah logistik.
Kekangan itu disebabkan barangan kelengkapan operasi SAR dan keperluan peribadi anggota terlibat dari Kuala Lumpur tidak sampai sepenuhnya di Lapangan Terbang Gaziantep walaupun pasukan misi telah tiba pada Khamis, 5.50 petang (waktu tempatan).
Ketua pasukan MAS-10 Abdul Manaf Che Isa, berkata masalah berkenaan kemungkinan terjadi berikutan banyak agensi SAR dari negara luar tiba di Turki, pada hari sama.
“Tapi Alhamdulillah, setakat pukul 9.40 malam ini (waktu tempatan) 70% barangan…