Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

Keletah Anak Syamsul Yusof Sentuh Hati Warganet

today16 May 2025

Background

Pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof berkongsi sebuah video memaparkan anak perempuannya, Sumayyah yang tampil memberikan ucapan manja kepada bapanya.

Menerusi platform Instagram (IG), Syamsul memuat naik video Sumayyah memberi pesanan kepadanya untuk tidak lambat mengambilnya.

Lebih mencuit hati, Sumayyah yang juga anak kedua hasil perkahwinan pertama Syamsul bersama aktres dan usahawan, Puteri Sarah itu juga memaklumkan dia mahu duduk dengan bapanya.

“Besok jangan lambat. Maya (panggilan Sumayyah) nak duduk dengan ayah. Sampai Switzerland nanti Maya nak lempar snow dekat ayah. See you tomorrow Ayah, I love you,” katanya.

Malah, menerusi kapsyen Syamsul juga meluahkan rasa sayang terhadap Sumayyah.

“Ayah loves you too, Sumayyah,” tulisnya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen seolah tersentuh hati mendengar luahan hati Sumayyah itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm)

Written by: Salma


Previous post