Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah mencuri perhatian selepas kemunculannya pada prosiding rayuan terhadap Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq mengenai sabitan dan hukuman berhubung empat tuduhan berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang berlangsung pada Rabu.
Menerusi potongan video tular di platform Threads, aksi Bella memegang tangan kakak kepada Syed Saddiq iaitu Sharifah Amani Syed Abd Rahman sambil berbual mesra menerima respons positif dalam kalangan warganet.
Bukan itu sahaja, ramai yang menyifatkan aktres itu pandai membawa diri dan kelihatan tidak terlalu ‘try hard’.
Malah, ramai yang mendoakan dan berharap selain kes prosiding selesai, hubungan yang terjalin antara Bella dan keluarga Syed Saddiq juga tetap terjalin.

Kredit Video: Utusan