
Seorang kelindan lori mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini atas dua pertuduhan mendatangkan kecederaan dan menyebabkan kematian anak angkatnya yang berusia empat tahun, pada 11 April lepas.
Muhammad Firdaus Zamri, 31, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli.
Berdasarkan pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan perbuatan yang menyebabkan kematian Muhammad Adamdanial Abdul Khafidh, 4, pada 6 petang, 11 April lepas di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Banggol Katong, di sini.
Bagi pertuduhan kedua, Muhammad Firdaus didakwa mendatangkan cedera ke atas kanak-kanak tersebut menggunakan sebatang rotan pada waktu, hari dan lokasi yang sama.
Bagi kedua-dua kesalahan…