Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kelindan lori mengaku tak salah tikam adik tiri

today12 April 2024

Background


L Thiyagaraj mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Teluk Intan atas tuduhan menikam adik tirinya menggunakan pisau. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Seorang kelindan lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Teluk Intan hari ini atas tuduhan menikam adik tirinya menggunakan pisau, Isnin lalu.

L Thiyagaraj, 52, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di depan Majistret T Ashvinii, menurut Berita Harian.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa sengaja menyebabkan kecederaan terhadap L Dewi, 31, menggunakan pisau pemotong sayur di sebuah rumah di Taman Muhibbah pada 8 malam Isnin lalu.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara maksimum tiga tahun atau denda atau disebat, atau mana-mana daripada dua hukuman berkenaan.

Tertuduh juga boleh dihukum mengikut Seksyen 326A Kanun Keseksaan, iaitu penjara hingga dua kali ganda daripada…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post