Site icon Hot FM

Kelisa hilang kawalan rempuh 4 lelaki Bangladesh


Seorang daripada mangsa terpaksa ditidurkan akibat kemalangan pada 12.30 tengah hari tadi.

Ketika kejadian empat warga Bangladesh sedang berjalan di bahu kiri jalan sebelum dirempuh Perodua Kelisa yang dipercayai hilang kawalan. (Gambar PDRM)

PETALING JAYA: Empat lelaki warga Bangladesh cedera selepas dirempuh sebuah kereta dalam kejadian di KM51, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Kampung Jambu Bongkok, Merchang, Marang.

Ketua Polis Marang, Mohd Zain Mat Dris, berkata kejadian berlaku ketika empat rakan terbabit berjalan untuk pulang ke rumah mereka sebelum dilanggar sebuah Perodua Kelisa dipandu seorang lelaki berusia 24 tahun pada 12.30 tengah hari tadi.

Katanya, sebelum kejadian pemandu kereta terbabit dikatakan dalam perjalanan dari Kuala Terengganu untuk pulang ke rumahnya di Kampung Shukur, Dungun.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, Perodua Kelisa itu dikatakan hilang kawalan lalu terlanggar empat lelaki terbabit yang sedang berjalan kaki di bahu kiri jalan untuk pulang…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version