
PETALING JAYA: Seorang pemimpin Pejuang mempertahankan keputusan parti itu keluar dari Gerakan Tanah Air (GTA) selepas dikritik kerana didakwa perkara itu tidak dibincangkan oleh kepimpinan tertinggi parti itu.
Ketua Penerangan Pejuang, Rafique Rashid berkata, keputusan keluar dari GTA dibuat oleh suara ahli akar umbi dari peringkat cawangan dan seterusnya ke peringkat persidangan negeri sebelum diangkat dan dibahas secara terbuka oleh perwakilan pada perhimpunan agung.
Katanya, semua komponen GTA dimaklumkan lebih awal bahawa Perhimpunan Agung Pejuang akan membincangkan dan mengundi isu itu.
“Keputusan untuk mengundur diri dari GTA dan memfokuskan kepada pemerkasaan parti bukanlah keputusan presiden Pejuang.
“Ia diputuskan secara kolektif oleh perwakilan yang…