Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Keluar kerajaan ‘helah’ Syed Saddiq mahu jawatan, kata Puad

today10 September 2023

Background


Puad Zarkashi berkata Syed Saddiq Syed Abdul Rahman perlu mengosongkan kerusi Muar segera dan membiarkan rakyat ‘menghukumnya’ melalui pilihan raya.

PETALING JAYA: Seorang pemimpin Umno mendakwa tindakan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meninggalkan blok kerajaan adalah “helah” untuk beliau menuntut jawatan dalam pentadbiran Anwar Ibrahim.

Menyifatkan tindakan Ahli Parlimen Muar itu sebagai tidak bermaruah, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Puad Zarkashi berkata perdana menteri tidak wajar “tunduk terhadap politik separuh jantan” presiden Muda.

“Menggunakan kelebihan satu kerusi sebagai penentu kerajaan majoriti dua pertiga tidak bermaruah kerana dia sendiri tidak konsisten dari segi prinsip.

“Sebenarnya Syed Saddiq masih mencari jalan agar dia dilayan dan diberi jawatan,” katanya kepada FMT.

Muda mempunyai satu kerusi Parlimen dan DUN iaitu Puteri Wangsa, Johor, masing-masing menerusi Syed Saddiq dan timbalan presiden, Amira Aisya Aziz.

Puad yang mengulangi desakan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nora Mahpar


Previous post

Sukan

Martin juara GP San Marino

Misano Adriatico, Itali: Jorge Martin muncul juara MotoGP San Marino seterusnya merapatkan jurang dengan pendahulu kejuaraan ketika ini, Francesco Bagnaia.

today10 September 2023