
GUA MUSANG: Calon PAS Rizwadi Ismail berharap semua pengundi keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing pada PRK Nenggiri hari ini bagi menyuburkan demokrasi.
Beliau berkata mereka harus menggunakan peluang dan saluran yang ada untuk membuat pilihan sebaiknya bagi kawasan DUN berkenaan.
“Keluar awal dan lakukan tanggungjawab untuk kepentingan masyarakat kita. Mengundi adalah tempat terbaik untuk ‘meluah perasaan’ sebenar, jika hanya meluah di kedai kopi, tidak ada perubahan,” katanya yang ditemui sebaik selesai mengundi di Tabika Sri Bakawali, Bertam Lama.
Terdahulu beliau dan calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani bersua muka apabila turut mengundi di lokasi sama tadi.
Kedua-dua mereka sempat bersalaman dan berpelukan selepas dua minggu berkempen bertemu pengundi di DUN…