

Selepas keluar PKR dan mengambil alih Parti Bersama Malaysia, Rafizi Ramli berkata mereka yang memilih untuk kekal atau meninggalkan parti itu tidak patut bermusuhan.
Bekas timbalan presiden PKR itu berkata, beliau masih mempunyai ramai kawan dalam parti dan tidak akan terasa hati jika mereka memilih untuk kekal bersama parti komponen Pakatan Harapan (PH) itu.
Ini kerana, katanya, masing-masing mempunyai alasan tersendiri untuk menyertai, kekal atau meninggalkan sebuah parti politik.
Tegasnya, beliau dan bekas naib presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad tidak mahu penghijrahan mereka ke Bersama menjadi mainan campur-tolak, di mana individu tidak bersama mereka terus dianggap musuh.
“Saya rasa itu membezakan kami daripada kartel Azmin Ali dulu (dalam PKR sebelum ini), di…