
SUNGAI SIPUT: Sanjjivan yang berusia lapan tahun dan dua adiknya, Vikneswaran dan Logavharma, kelihatan seperti budak lelaki paling gembira di Kledang.
Sambil duduk di lantai dengan senyuman lebar, mereka tak sabar-sabar untuk mengerjakan buku latihan bersama-sama.
Di sebalik keriangan itu kerinduan pada kehidupan normal – seperti kanak-kanak lain di kawasan kejiranan mereka.
“Kadangkala, apabila mereka ternampak kanak-kanak lain berpakaian segak, anak lelaki saya berasa sedih,” kongsi ibu mereka, Krishnavany Rajendran, 36, dengan linangan air mata.
“Mereka minta pada saya: ‘Ibu, belikan kami kasut dan pakaian macam itu’. Saya rasa amat sedih. Saya beritahu mereka: ‘Amma dan appa tak ada duit. Kita akan beli ya bila ada duit nanti’.”
Krishnavany dan suaminya, Ragunathan Subramaniam, 39, sering diuji dengan pelbagai dugaan.
Parut…