Keluarga Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, yang maut akibat dilanggar lari sebuah kereta berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati, Meru di Ipoh semalam layak menerima pampasan takaful berjumlah RM7,000.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri, Khairudin Abu Hanipah, ini kerana setiap pelajar sekolah di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) dilindungi Skim Perlindungan Murid iaitu Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia (TPSM).