
PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan anggota keluarga kakitangan Kedutaan Besar Malaysia di Beirut, Lubnan kembali ke Malaysia sehingga keadaan keselamatan membenarkan berikutan kawasan selatan negara itu turut diserang Israel.
Kementerian Luar (Wisma Putra) berkata, keputusan itu langkah proaktif kerajaan bagi memastikan keselamatan semua rakyat Malaysia menjadi keutamaan negara.
“Bagaimanapun, Kedutaan Besar Malaysia akan terus beroperasi seperti biasa,” kata Wisma Putra dalam kenyataan pada Isnin.
Wisma Putra turut menyarankan warga Malaysia menangguhkan perjalanan tidak penting (non-essential travel) ke Lubnan.
Kerajaan juga mengarahkan pihak kedutaan mengambil langkah berjaga-jaga dan memantau keadaan rakyat Malaysia di negara itu, termasuk pasukan pengaman Angkatan Tentera Malaysia – Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu…