
KUALA LUMPUR: Keluarga mangsa insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India pulang ke India malam tadi selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) dihentikan dan memasuki fasa “search and recovery” Sabtu lalu.
Ketua Polis Dang Wangi, Sulizme Affendy Sulaiman, berkata suami dan anak lelaki mangsa bertolak pulang ke tanah air mereka menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
“Ya, mereka bertolak pulang malam tadi,” katanya ringkas ketika dihubungi.
Semalam, media melaporkan suami dan dua anak mangsa dilihat hadir menyalakan lampu minyak dan membunyikan loceng, iaitu upacara keagamaan Hindu di lokasi insiden.
Sepanjang operasi SAR, keluarga mangsa terutama anak lelakinya, M Suria, 25, dilihat kerap berada di khemah SAR bagi mengikuti perkembangan dan mendapatkan maklumat operasi pencarian ibunya…