
KUANTAN: Kemajuan keseluruhan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang merangkumi empat negeri iaitu Pahang, Kelantan, Terengganu dan Selangor sudah mencapai 70.13% setakat bulan lepas, kata Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook.
Beliau berkata pembinaan projek berkenaan berjalan lancar dan mengikut jadual ditetapkan, dan dengan perkembangan itu kerajaan yakin operasi ECRL dari Gombak ke Pantai Timur iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan, akan dapat dimulakan awal 2027.
“Di Kelantan, Terengganu dan Pahang, memang pembinaan sudah agak advance. Masih di peringkat awal lagi ialah di Selangor, hanya lebih 30%. Tetapi, memang jadual kita, operasi ECRL akan bermula pada Januari 2027 iaitu dari Kota Bharu (Kelantan) ke LRT Gombak (Selangor) akan siap menjelang akhir 2026.
“Setahun kemudian landasan dari…