
KUALA LUMPUR: Polis menahan pemandu Proton Wira yang terlibat dalam kemalangan berhampiran Serendah Golf Resort sehingga mengorbankan tiga nyawa semalam bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Hulu Selangor, Ahmad Faizal Tahrim, berkata lelaki berumur 61 tahun itu ditahan di kawasan Ulu Yam Bharu kira-kira 11.30 malam tadi.
“Siasatan awal polis mendapati lelaki itu mempunyai enam rekod jenayah iaitu lima kes berkaitan narkotik dan satu kes jenayah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata pemandu berkenaan direman sehingga Isnin ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Tiga yang terkorban dalam kemalangan di Kilometer 38, Jalan Kuala Lumpur-Ipoh berdekatan Serendah Golf Resort pagi semalam terdiri daripada Rosihat Lemon, 68, Chan…