Hot FM

Kemarahan Netizen Berbaloi, JPJ Akhirnya Bakal Kaji Semula Penggunaan Basikal Di Atas Jalan Raya

Sumber gambar: Nona

Kebelakangan ini, trend berbasikal semakin mendapat sambutan.

Walau bagaimanapun, aktiviti ini boleh membahayakan nyawa pengayuh dan juga nyawa orang sekeliling jika tidak kena dengan caranya, lebih lagi untuk pengguna jalan raya. 

Hal ini juga mencetuskan beberapa kekhawatiran pihak pengguna yang lain.

Di media sosial Twitter, ada yang bersetuju jika JPJ dan PDRM mengambil langkah yang sepatutnya kerana ada beberapa pengguna basikal yang dikatakan tidak berhati-hati semasa berbasikal di jalan raya dan membahayakan nyawa pengguna lain.

Sumber gambar: hmetro

Selain itu, ada juga yang berkata walaupun di Putrajaya telah ada laluan untuk berbasikal tetapi masih ada lagi yang membahayakan diri dengan menggunakan lebuhraya. 

Sumber gambar: hmetro

Dalam pada itu, ada juga yang mencadangkan supaya laluan basikal di buka dengan lebih banyak supaya ia memudahkan pengguna basikal.

Sumber gambar: bharian

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memandang serius isu ini yang dikhawatiri jika ia akan membahayakan nyawa banyak pihak, utamanya pengguna jalan raya.

Sumber gambar: bharian

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata, pihaknya akan mengkaji semula isu berbasikal ini bersama pihak yang berkenaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mendapatkan jalan penyelesaian yang terbaik dalam menjaga keselamatan pengguna jalan raya termasuk yang berbasikal. 

Exit mobile version