Hot FM

Kemasukan pesakit Covid-19 kritikal di hospital awam naik 11.4%



Penggunaan katil bukan kritikal turut meningkat kepada 26%, menurut Dr Noor Hisham Abdullah. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Jumlah pesakit Covid-19 Kategori 3, 4 dan 5 yang dimasukkan ke hospital meningkat 11.4%, manakala pesakit Kategori 1 dan 2 bertambah 5.3% dari 7 hingga 13 Ogos lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan turut meningkat sebanyak 0.3% kepada 1.8% minggu lepas berbanding 1.5% pada minggu pertama Ogos.

Katanya, penggunaan katil bukan kritikal, unit rawatan rapi (ICU) dan pusat rawatan Covid-19 berisiko rendah (PKRC) masing-masing turut meningkat kepada 26%, 16%, 6% berbanding 25%, 16% dan 6% pada minggu sebelumnya.

“Bilangan kes sembuh meningkat 1.1% (28,604 kes kepada 28,905 kes), bilangan kes baharu menurun sebanyak 6.6% (28,554 kes kepada 26,678 kes), sementara jumlah kematian statik sebanyak 60 kes pada minggu epidemiologi 32 antara 7 hingga 13 Ogos,” katanya dalam…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version