

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata Malaysia memerlukan kematangan, kewarasan dan kebijaksanaan politik bagi mempertahankan serta memperkukuh semangat negara bangsa yang dibina atas nilai perpaduan.
Beliau berkata kepelbagaian yang menjadi asas pembentukan negara perlu terus dipelihara menerusi semangat saling menghormati, selain menolak sebarang unsur yang boleh memecahbelahkan masyarakat.
“Sebab itu cabaran kita negeri-negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak, suku kaum yang berbeza, warna kulit yang berbeza. Kita perlukan kematangan, kewarasan, kebijaksanaan dalam politik dalam mempertahankan dan memperkukuh semangat negara bangsa ini,” kata beliau.
Perdana menteri berkata demikian ketika berucap merasmikan sambutan Minggu Perpaduan Negara Peringkat…