Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kematian 3 beranak tiada unsur jenayah, kata polis

today11 September 2023

Background


Polis akan memanggil majikan dan ahli keluarga terdekat mangsa bagi melengkapkan siasatan kes, kata Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Hasil siasatan awal polis mendapati kes kematian tiga beranak di sebuah pangsapuri di Kampung Baru Ampang, di sini, pada Khamis lalu, tidak mempunyai sebarang unsur jenayah.

Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan, berkata polis juga menemui petunjuk baharu kes itu antaranya sekeping nota bunuh diri yang di dalamnya tertulis senarai nama pemiutang.

Bagaimanapun, beliau berkata polis akan memanggil majikan dan ahli keluarga terdekat mangsa bagi melengkapkan siasatan kes berkenaan.

“Proses bedah siasat telah selesai dilakukan namun punca kematian masih belum diketahui dan polis masih menunggu laporan daripada ujian toksikologi (bagi mengkaji kehadiran ubat atau bahan kimia tertentu dalam badan),” katanya kepada Bernama hari ini.

Dalam kejadian itu, seorang ibu berusia 42 tahun dan dua anaknya, perempuan dan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post

Sukan

Nur Ain, Aleena dapat insentif RM40,000 setiap seorang

Sepang: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengumumkan insentif wang tunai RM40,000 seorang buat beregu boling padang wanita negara, Nur Ain Nabilah Tarmizi-Aleena Ahmad Nawawi yang muncul juara Kejohanan Boling Padang Dunia di Gold Coast, Australia pada Sabtu lepas.

today11 September 2023