Sambutan konsert malam ambang tahun baharu di Bandar Sunway, Subang Jaya pada Selasa lalu, 31 Disember bertukar menjadi sebuah tragedi apabila sebanyak empat individu maut.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata pihaknya menerima empat laporan polis daripada Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) berkaitan kematian dua lelaki dan dua wanita.
Menerusi sebuah kenyataan rasmi, pemeriksaan ke atas empat individu tersebut yang berumur dalam lingkungan 20 hingga 40 tahun mendapati tiada sebarang kecederaan luaran dapat dikeasan.
“Bedah siasat telah dijalankan pada 1 Januari dan punca kematian masih ‘pending laboratory investigation’,” katanya dalam satu kenyataan.
Susulan itu, Hussien berkata kes kematian mereka diklasifikasikan sebagai mati mengejut, namun begitu siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenal pasti sama ada terdapat unsur jenayah atau keracunan membabitkan empat individu itu.