Hot FM

Kematian kemalangan jalan raya meningkat 52% tahun ini, menurut statistik polis



Statistik polis menunjukkan pengguna motosikal merekod jumlah kematian tertinggi dengan 2,916 atau 66.6 %.

PETALING JAYA: Jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya pada tahun ini dijangka mengatasi rekod era pandemik dengan statistik dari Januari hingga September menunjukkan peningkatan 52% berbanding tahun lalu.

Statistik polis menunjukkan 4,378 orang maut dalam tempoh itu, 1,055 lebih tinggi daripada tempoh sama tahun lalu.

Tahun lalu, 4,539 kematian direkodkan manakala 4,634 pada 2020.

Data terkini juga menunjukkan, jumlah pengguna jalan raya cedera parah turut naik mendadak dengan 3,406 kes atau 92.5% lebih daripada tempoh sama tahun lalu.

Jumlah cedera ringan pula merekodkan 21,930 kes iaitu 220.4% pada tempoh sama.

Pengguna motosikal merekod jumlah kematian tertinggi dengan 2,916 atau 66.6%, kereta (776), pejalan kaki (233), lori (139), van (95), kenderaan pacuan empat roda (94), basikal (79), kenderaan lain (29) dan bas (17).

Kematian…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version