Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kematian pegawai kadet TLDM akibat strok haba, mahkamah diberitahu

today3 September 2024

Background


J soosaimanicckam-
Menerusi saman difailkan 19 Mei 2021, keluarga J Soosaimanicckam mendakwa kecuaian berlaku di pihak defendan.

KUALA LUMPUR: Seorang pakar perubatan memberitahu Mahkamah Sesyen punca kematian pegawai kadet Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) J Soosaimanicckam enam tahun lalu disebabkan strok haba.

Dr Nik Mohd Noor Nik Amin, 48, yang merupakan ketua Jabatan Kecemasan 96 Hospital Angkatan Tentera (HAT) Lumut, Perak, berkata ia berdasarkan pengalamannya dalam menangani latihan ketenteraan sebelum ini.

Saksi defendan ketujuh itu berkata pada 19 Mei 2018, Soosaimanicckam yang tidak sedarkan diri dibawa oleh rakan-rakannya ke jabatan kecemasan itu, berikutan mangsa tidak bernafas dan tiada denyutan nadi.

“Tekanan bantuan awal pernafasan (CPR) dimulakan oleh paramedik bertugas dan rawatan resusitasi awal diberikan oleh pegawai perubatan bertugas. Berdasarkan garis panduan rawatan BLS (basic life support guideline) paramedik telah memulakan CPR serta merta dan bantuan oksigen dan cecair…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post