Hot FM

Kematian pelajar Nigeria dalam tahanan, mahkamah kekal keputusan tiada kecuaian



Pelajar PhD dari Nigeria, Orhions Ewansiha Thomas meninggal dunia dalam Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil pada Julai 2019, lima hari selepas ditahan dalam satu serbuan. (Gambar Facebook)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini mengekalkan keputusan Mahkamah Koroner bahawa kematian seorang pelajar Nigeria di pusat tahanan imigresen tiga tahun lalu bukan akibat kecuaian.

Pesuruhjaya Kehakiman, Azhar Abdul Hamid berkata, tiada sebarang salah arah dalam keputusan koroner ke atas kematian pelajar PhD, Orhions Ewansiha Thomas di Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil pada Julai 2019.

“Saya dapati tiada salah arah dalam keputusan mahkamah. Keputusan itu disahkan dan permohonan semakan kehakiman ditolak.”

Thomas ditahan bersama 19 yang lain oleh pegawai imigresen di Pangsapuri Desa Aman Puri di Kepong, Selangor pada 4 Julai 2019.

Jabatan Imigresen kemudian dilaporkan berkata, Thomas diserang sawan sebelum meninggal dunia lima hari kemudian dan hasil siasatan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version