Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kembali bersatu, ikut ‘haluan Umno’ demi menang PRU, kata Khaled

today30 July 2022

Background



Khaled Nordin mengingatkan Umno agar mengikut ‘haluan Umno’, bukan haluan presiden atau perdana menteri, mahupun mana-mana kelompok atau kluster menjelangnya PRU15.

PETALING JAYA: Umno mesti bersatu dengan satu haluan dan mencari jalan keluar daripada kerajaan sedia ada yang bersifat sementara melalui pilihan raya yang demokratik.

Naib Presiden Umno, Mohamed Khaled Nordin berkata, haluan yang perlu diikut itu adalah ‘haluan Umno’, bukan haluan presiden atau perdana menteri, mahupun mana-mana kelompok atau kluster.

Beliau juga mengingatkan parti agar tidak terikut-ikut dengan segala percaturan atau perbalahan yang hanya akan melemahkan parti secara dalaman terutama ketika fokus utamanya adalah untuk memenangi pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

“Untuk menang pilihanraya dan mendapat mandat baharu, parti mesti bersatu dengan hanya satu haluan. Haluan itu ialah haluan Umno. Bukan haluan presiden, bukan haluan perdana menteri. Bukan haluan mana-mana…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post