Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kembali jiwai roh Ramadan, semangat bela nasib rakyat miskin, seru Anwar

today20 March 2026

Background


anwar ibrahim
Perdana Menteri Anwar Ibrahim kata nilai dan semangat yang dibentuk daripada tarbiah Ramadan perlu diteruskan.
KUALA LUMPUR:

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyeru rakyat agar menyambut Aidilfitri secara sederhana, selain lebih peka terhadap nasib golongan yang menderita ketika dunia berdepan kemelut geopolitik, khususnya di Asia Barat.

Beliau berkata Malaysia tidak terkecuali menerima tempias konflik di rantau berkenaan susulan serangan rejim Zionis Israel dengan dukungan Amerika Syarikat (AS) ke atas Iran, yang kesannya turut merebak ke negara jiran.

Anwar berkata Malaysia perlu lebih berwaspada kerana peperangan itu pastinya memberi impak dari segi harga minyak, harga barang, kos sara hidup dan tekanan terhadap ekonomi negara.

“Jadi, sebab itulah sementara kerajaan akan berusaha sedaya upaya meringankan rakyat dari beban yang bakal ditimpa. Kita juga bertanggungjawab untuk kembali menjiwai roh Ramadan dan semangat membela nasib rakyat miskin,” katanya.

Beliau berkata demikian…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post