
KUALA LUMPUR: Menteri Perpaduan Negara Halimah Sadique didesak kembali ke Parlimen untuk menjelaskan kekeliruan berhubung kebenaran perarakan kereta pedati berhias dan kavadi bagi sambutan Thaipusam.
Lim Guan Eng (PH-Bagan) berkata, Halimah mencetuskan kegelisahan dan kekeliruan kerana memberi jawapan berbeza dalam tempoh kurang 24 jam mengenai pendirian kerajaan terhadap prosedur operasi standard (SOP) ucapara tradisi itu.
Katanya, ketika persidangan Dewan Rakyat pada Selasa, Menteri Umno itu memberi jawapan bahawa kerajaan melarang perarakan kereta pedati berhias dan kavadi bagi mengelakkan penularan varian baharu Covid-19, namun keesokannya dalam kenyataan media berasingan, beliau memaklumkan kerajaan belum memutuskan perkara itu.
“Kita…