
PETALING JAYA: Kerajaan harus memperkenalkan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST) dalam Belanjawan 2024 bagi mengukuhkan asas hasil negara, kata kumpulan pesara penjawat awam.
Kumpulan dikenali sebagai G25 itu berkata, asas hasil yang lebih kukuh akan membantu kerajaan merangka skim pesara lebih baik untuk perkhidmatan awam, antara lain.
“Melaksanakan GST dan mengurangkan subsidi bahan api fosil akan memberikan hasil lebih tinggi.
“Kerajaan boleh menggunakan sebahagian daripadanya untuk diagihkan kepada golongan miskin bagi kos tambahan perbelanjaan harian mereka. Pemindahan tunai akan membantu golongan miskin berdepan GST,” katanya dalam kenyataan.
Kumpulan itu juga kesal apabila kerajaan masih belum menyelesaikan pelarasan skim pencen untuk penjawat awam yang telah bersara berikutan…