
PETALING JAYA: Seorang Ahli Parlimen PKR mencadangkan nama Universiti Putra Malaysia (UPM) ditukar semula kepada nama asalnya, Universiti Pertanian Malaysia sebagai usaha memartabatkan semula industri agro.
Hassan Karim berkata sudah tiba industri itu diangkat semula sebagai pengajian utama di universiti memandangkan negara bergelut dengan isu keterjaminan makanan, ekoran dunia berdepan krisis perubahan iklim.
Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang itu, jurusan atau kursus ditawarkan di UPM ketika ini boleh dikekalkan namun fokus utama universiti itu perlu kembali kepada matlamat asalnya iaitu memajukan sektor pertanian negara.
“Dulu orang tak pandang penting pertanian ini, semua nak menuju kepada industri… tetapi bila sekarang isu ‘keselamatan makanan’, beras pun tak pernah selama ini orang beratur cari beras…
