
PETALING JAYA: Seorang wakil rakyat pembangkang menggesa Kementerian Pendidikan (KPM) mengembalikan semula Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang dimansuhkan dua tahun lalu.

Hassan Saad (PN-Baling) berkata langkah itu bagi membolehkan kemampuan pelajar dapat dinilai sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat sekolah menengah.
“Wujudkan semula peperiksaan UPSR sebagai satu ukuran standard yang lebih sistematik dan bersepadu supaya dapat mengukur kemampuan seseorang pelajar untuk memasuki sekolah menengah dan sebagainya,” katanya semasa membahaskan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat.
Pada 2021 kerajaan memutuskan UPSR dimansuhkan sepenuhnya, manakala Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dibatalkan.
Sebelum ini, seorang ahli akademik berpandangan UPSR wajar dikembalikan semula kerana kaedah penilaian menggantikannya kurang berkesan menilai penguasaan 3M (membaca, mengira…