Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Kembangkan Kerjaya Nyanyian Di Malaysia, Asrilia Rakam Semula Lagu Popular Afgan

today2 October 2025

Background

Penyanyi baharu Indonesia, Asrilia hadir dengan kelainan apabila merakamkan semula lagu popular Afgan, Terima Kasih Cinta, dalam versinya sendiri.

Asrilia Kurniati yang berasal dari Palembang menjelaskan, pemilihan lagu tersebut dibuat kerana popularitinya yang besar di Malaysia sekali gus menjadi langkah awal memperkenalkan bakatnya di sini.

“Terima Kasih Cinta memang sudah lama menjadi lagu kegemaran ramai di Malaysia. Saya rasa ia sesuai untuk dijadikan permulaan kerana peminat sudah akrab dengan lagu itu.

“Saya mahu memberikan nafas baharu dengan membawakan lagu ini dalam versi wanita. Ia bukan bertujuan menumpang populariti, tetapi lebih kepada memperkenalkan diri dan berkongsi bakat yang saya ada,” katanya.

Penyanyi lagu Di Mana Salahnya dan Semakin Rindu Kemarin itu juga menaruh harapan agar percubaan ini mendapat sambutan baik daripada pendengar tempatan.

“Harapan saya, Terima Kasih Cinta versi Asrilia dapat diterima di Malaysia. Dalam masa sama, ia diharap membuka ruang untuk saya dikenali di sini,” ujarnya.

Selain itu, Asrilia turut berkongsi keinginannya untuk melebarkan kerjaya seni dengan berkolaborasi bersama penyanyi tersohor Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza, yang dianggap sebagai idolanya sejak kecil.

Written by: Aqilah


Previous post