
PETALING JAYA: Program Kembara Ilmu Ini Khazanah Kita yang sedang berlangsung di Stesen Tanjung Aru, Kota Kinabalu diiktiraf sebagai pameran digital pertama dalam kereta api.
Pameran sehingga 5 Sept depan itu dianjurkan Kementerian Perpaduan Negara menerusi Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dengan kerjasama Perpustakaan Negeri Sabah (PNS) dan Jabatan Keretapi Sabah.
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan Sutera Harbour Resort.
Menerusi inisiatif itu, PNM telah mengangkat kandungan pameran manuskrip Melayu, u-Pustaka, bahan-bahan terbitan PNS berkaitan kemerdekaan dan sejarah serta warisan budaya di Sabah.
Menteri Perpaduan Negara Aaron Ago Dagang yang menyempurnakan majlis itu berkata menerusi pameran berkenaan orang ramai boleh menyaksikan bagaimana teknologi…
