

Kedudukan DAP yang sedia ada rapuh dalam kalangan pengundi Melayu berdepan satu lagi tamparan hebat susulan kemelut penyandang Adun Skudai, Marina Ibrahim, kata penganalisis politik.
Naib Presiden Bersekutu The Asia Group, Asrul Sani, dan James Chin dari Universiti Tasmania, berkata isu berkenaan hanya meneguhkan lagi persepsi pemimpin dan wakil rakyat Melayu DAP—termasuk tokoh popular seperti Marina—hanya bertindak watak sampingan dalam parti didominasi kaum Cina itu.
“Ini mengukuhkan lagi cabaran sedia ada yang lebih mendalam kepada DAP: bagi meyakinkan pengundi Melayu dan bakat politik Melayu bahawa mereka boleh meningkat naik dalam parti atas merit sendiri, bukannya sekadar dilihat melalui lensa simbolisme atau utiliti pilihan raya.
“Masalah persepsi itu sudah lama wujud sebelum episod…