
PUTRAJAYA: Kemelut pertikaian Persatuan Bank-Bank Perdagangan Tanah Melayu (MCBA) dengan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) akan diputuskan Mahkamah Perusahaan.
Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM) dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima dua aduan pertikaian perusahaan antara MCBA dengan NUBE berkaitan bantuan perayaan pada 5 Feb lalu dan isu rundingan Perjanjian Kolektif ke-20 (bagi tempoh 1 Jan 2024 hingga 31 Dis 2026) pada 3 April.
Kenyataan itu memaklumkan bagi isu bantuan perayaan, JPPM mengambil tindakan selaras peruntukan bawah Seksyen 18(2) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 iaitu mengadakan mesyuarat rundingan damai bagi mencari jalan penyelesaian berhubung isu dipertikai pada 19 Feb, 21 Mac dan 27 Mac.
“Namun tiada sebarang penyelesaian dapat dicapai oleh kedua-dua…