
PETALING JAYA: Presiden PAS, Hadi Awang menyifatkan kemenangan Perikatan Nasional (PN) pada PRK Sungai Bakap amat bermakna buat PAS dalam sistem demokrasi “tidak adil” dan pertandingan “berat sebelah”.
Beliau mendakwa keputusan malam ini juga isyarat rakyat menolak gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) yang gagal.
“Kemenangan ini sangat bermakna kepada PN yang bertanding di padang tidak sama rata, dicemari proses demokrasi tempang dan rasuah politik berleluasa.
“Keputusan PRK ini isyarat penolakan rakyat terhadap kegagalan PH-BN menguruskan ekonomi dan membela kebajikan rakyat, tanpa mengira lapisan umur dan bangsa,” katanya dalam kenyataan.
Calon PN, Abidin Ismail menewaskan Joohari Ariffin daripada PH dengan majoriti 4,267 undi.
Pengerusi PH Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dilaporkan mengakui kekalahan itu kerana…