Site icon Hot FM

Kemenangan Rais Yasin di Umno Tangga Batu dibatal


Setiausaha Umno Bahagian Tangga Batu, Abdul Latip Mohamad berkata pemilihan semula hanya perlu diadakan bagi jawatan ketua bahagian itu.

Kemenangan Rais Yasin sebagai ketua Umno Bahagian Tangga Batu dibatalkan akibat ketidakaturan perjalanan mesyuarat pada 18 Mac lalu. (Gambar Facebook)

MELAKA: Kemenangan Adun Paya Rumput, Rais Yasin sebagai ketua Umno Bahagian Tangga Batu pada pemilihan parti 18 Mac lalu dibatalkan Jawatankuasa Bantahan Pemilihan Umno.

Setiausaha Umno Bahagian Tangga Batu, Abdul Latip Mohamad berkata, beliau menerima pemakluman itu dalam surat dari Umno Pusat menerusi aplikasi WhatsApp pada 2.26 petang tadi.

Beliau berkata, surat itu memaklumkan berlaku ketidakaturan perjalanan mesyuarat pada proses pemilihan Umno bahagian itu baru-baru ini.

“Surat itu memaklumkan setelah penelitian dibuat terhadap pemilihan berkenaan, Jawatankuasa Bantahan Pemilihan Umno membuat keputusan dan ketetapan bahawa pemilihan bagi jawatan ketua Umno Bahagian Tangga Batu tidak…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version