KUALA LUMPUR: Ketua Setiausaha Perbendaharaan Johan Mahmood Merican mengadakan perbincangan bersama industri logistik mengenai pelaksanaan program subsidi bersasar bagi diesel pada Jumaat.
Menurut Kementerian Kewangan (MOF), perbincangan itu bertujuan mendapatkan pandangan persatuan dan syarikat logistik bagi cadangan program tersebut.
“Perbincangan ini adalah bagi mendapatkan pandangan persatuan dan syarikat logistik mengenai skop dan syarat bagi cadangan program ini, terutama bagi mendengar isu yang dihadapi serta langkah-langkah penambahbaikan,” menurut MOF dalam catatan di laman sosial rasmi Kementerian Kewangan.
MOF menjelaskan seperti dibentangkan dalam Belanjawan 2024, kerajaan akan melaksanakan rasionalisasi subsidi bagi mengelakkan ketirisan dan penyeludupan yang…