Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kementerian Digital cadang tubuh suruhanjaya kepercayaan digital

today24 October 2024

Background


gobind singh deo
Menteri Digital Gobind Singh Deo, berkata suruhanjaya kepercayaan digital dan keselamatan data dicadang penubuhannya pada separuh pertama 2025. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Kementerian Digital mencadangkan penubuhan suruhanjaya kepercayaan digital dan keselamatan data (SKDKD) pada separuh pertama 2025.

Menterinya, Gobind Singh Deo, berkata suruhanjaya itu akan menyelia pembangunan ekosistem data yang selamat, terjamin, dan dipercayai bagi memupuk aliran data produktif.

“Saya telah mengadakan beberapa perbincangan dengan pemain-pemain industri tertentu dan kami mencadangkan untuk menubuhkan jawatankuasa data sementara. Saya akan mengadakan pertemuan dengan mereka pada Isnin dan jawatankuasa ini akan mencadangkan struktur suruhanjaya itu.

“Mudah-mudahan dalam tempoh tiga bulan akan datang, kita akan mendapat input tentang bagaimana suruhanjaya ini sepatutnya. Setelah itu, kami akan menyediakan kertas Kabinet (mengenainya) dan membawa cadangan itu kepada Kabinet tahun depan,”…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA