
KUALA LUMPUR: Satu sesi libat urus berkaitan prosedur operasi standard (SOP) sambutan Thaipusam pada bulan depan telah diadakan bersama pihak terlibat pada 2 Dis lepas bagi memastikan aspek keselamatan dan kesihatan awam dipatuhi.
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dalam kenyataan semalam memaklumkan sesi libat urus berkaitan SOP perayaan itu melibatkan 10 pemimpin agama Hindu dari Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Johor termasuk bersama wakil Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan wakil Kementerian Kesihatan (KKM).
“Dalam sesi libat urus berkenaan, tujuh aktiviti sempena perayaan Thaipusam iaitu upacara sembahyang di kuil, Kavadi, Paal Koodam, mencukur rambut, upacara ritual mandi, pembukaan gerai jualan, pergerakan kereta Silver…