Hot FM

Kementerian Perpaduan, JPM akan bertindak ke atas individu sebar agama lain kepada umat Islam


sebar ajaran mormon
Tangkap layar video tular menunjukkan penduduk mengarahkan dua lelaki didakwa menyebarkan kepercayaan mereka supaya meninggalkan PPR Wangsa Maju.

PETALING JAYA: Kementerian Perpaduan Negara dan Jabatan Perdana Menteri (hal ehwal agama) akan bekerjasama sama rapat dengan pihak berkuasa untuk siasatan dan mengambil tindakan terhadap individu terlibat aktiviti penyebaran agama lain kepada umat Islam di Kuala Lumpur.

Dalam kenyataan bersama Menteri Perpaduan Negara Aaron Ago Dagang dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar, berkata Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama (JK Harmoni) membantah aktiviti berkenaan kerana ia melanggar Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

“Tindakan seumpama ini mampu mencetuskan kebimbangan masyarakat terhadap keselamatan, keharmonian, dan perpaduan antara pelbagai komuniti di Malaysia.

“Malaysia terkenal dengan kepelbagaian budaya dan agama, malah amat menekankan pentingnya sikap saling menghormati serta…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version