Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang berkata, kira-kira 1.08 juta tan sisa radioaktif dihasilkan Lynas sejak beroperasi di Malaysia pada 2012.

KUALA LUMPUR: Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang mempertahankan syarat yang ditetapkan kerajaan Pakatan Harapan pada 2020 terhadap Lynas.
Katanya, ini bermakna tiada lagi sisa radioaktif boleh dihasilkan Lynas di Malaysia.
“Semua syarat lesen yang telah diputuskan pada 3 Mac 2020 hingga 2 Mac 2023 perlu terus dipatuhi Lynas.
“Tiada aktiviti ‘cracking and leaching’ dilakukan di Lynas Advanced Material Plant (Lamp) di Gebeng, Pahang selepas Julai 2023,” katanya dalam sidang media di Parlimen.
Beliau berkata, kira-kira 1.08 juta tan sisa radioaktif dihasilkan Lynas sejak beroperasi di Malaysia pada 2012 dan…