Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kementerian sedang muktamad pindaan akta tangani mat rempit

today11 December 2024

Background


mat rempit
Timbalan Menteri Pengangkutan Hasbi Habibollah berkata pindaan ini bertujuan menjadi suatu bentuk pencegahan kepada mereka yang terbabit dalam aktiviti mat rempit. (Gambar Facebook)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan sedang memuktamadkan pindaan terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi menangani kumpulan mat rempit yang sering melakukan aksi berbahaya di lebuh raya.

Timbalan Menterinya Hasbi Habibollah berkata pindaan itu akan mewujudkan tafsiran lebih jelas berhubung aksi berbahaya mat rempit seperti menunggang motosikal secara melulu atau terlibat dengan perlumbaan haram di atas jalan raya.

“Pindaan ini bertujuan menjadi suatu bentuk pencegahan kepada mereka yang terbabit dalam aktiviti tersebut,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan Pang Hok Liong (PH-Labis) mengenai tindakan paling berkesan boleh diambil terhadap kumpulan mat rempit yang sering melakukan aksi berani di lebuh raya dan mengancam keselamatan pengguna jalan raya…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA