
SHAH ALAM: Menteri Kanan Pendidikan sementara Radzi Jidin berkata pihak kementerian tidak pernah menghalang guru menyuarakan kebimbangan mengenai sistem pendidikan.
Radzi berkata, sebaliknya pihak kementerian mengalu-alukan maklum balas daripada pemegang taruh.
“Dalam mana-mana sesi perjumpaan dan dialog dengan guru, tidak ada sekali pun saya tutup ruang untuk guru beri pandangan,” katanya dalam sidang media.
Kenyataan itu susulan guru sekolah rendah, Fadli Salleh, yang berdepan tindakan disiplin kerana mengutarakan kebimbangan berhubung silabus matematik yang dikatakan terlalu tinggi kepada murid.
Fadli, guru di SK (1) Gombak, membuat rungutan berhubung perkara itu di Facebook dengan mengatakan tidak cukup masa bagi guru untuk menghabiskan seluruh silibus subjek berkenaan.
Beliau juga mengetengahkan isu beg sekolah berat murid kerana membebankan mereka.
Pada Ahad, Perdana Menteri…