
PETALING JAYA: Menteri Perladangan dan Komoditi Johari Ghani bimbang sektor minyak sawit mengalami nasib serupa industri getah melainkan tindakan diambil bagi membaiki keadaan.
Menurutnya, satu cara menangani masalah penurunan pengeluaran minyak sawit adalah meningkatkan keterlibatan dengan pihak sektor swasta yang terbabit dalam industri itu.
Beliau berkata, kementerian merancang memainkan peranan lebih agresif dalam mempromosikan industri itu, seterusnya diharapkan meningkatkan keyakinan perniagaan dan menggalakkan mereka lebih banyak melabur secara domestik.
Johari berkata, pada 2023 pengeluaran minyak sawit mentah kurang daripada 18 juta metrik tan berbanding sedekad lalu ketika negara menghasilkan 19 juta tan metrik.
“Ia tidak meningkat,” katanya dalam wawancara malam tadi.
Sebaliknya, Indonesia dalam keadaan lebih baik apabila pengeluaran…
