
TAPAH: Calon Perikatan Nasional PRK Ayer Kuning Abdul Muhaimin Malek berharap semua penyokong parti bertanding mengamalkan kempen secara secara sihat dan penuh kasih sayang tanpa sebarang provokasi.
Katanya, soal menang kalah adat pertandingan dan apa lebih penting setiap calon termasuk pembangkang mahupun kerajaan berkempen secara berhemah dan menawarkan idea terbaik untuk dinilai pengundi.
“Saya mengharapkan kempen yang baik, yang datang daripada hati. Kempen yang mesra warga, penuh dengan kasih sayang, rasa mahabbah…kerana kita menghidupkan demokrasi,” katanya ditemui selepas penamaan calon di Dewan Merdeka.
Sementara itu, calon Barisan Nasional Mohamad Yusri Bakir berjanji meneruskan legasi ditingalkan penyandang DUN berkenaan, Ishsam Shahruddin terutama soal pendidikan.
“Pendidikan akan menjadi teras…