Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kempen ‘sihat, saling hormat’, Johari puji pencabar

today19 November 2022

Background



KUALA LUMPUR: Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Titiwangsa Johari Ghani memuji pencabarnya atas kempen yang sihat dan saling menghormati sejak dua minggu lepas.

“Semua orang hormat antara satu sama lain dan bincang isu-isu di sini. Ini kempen yang sangat sihat,” katanya selepas membuang undi di pusat pengundian SK Taman Maluri pagi ini.

Bekas menteri kewangan kedua itu turut memuji Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atas kelancaran kempen pilihan raya.

“SPR turut menyarankan masa mengundi bagi mengelakkan kesesakan,” katanya.

“Bagaimanapun, ramai yang datang awal kerana bimbang hujan (pada sebelah petang). Jadi mungkin pada pilihan raya seterusnya, SPR boleh lihat perkara ini,” katanya.

Terdapat 80,700 pengundi di Titiwangsa, dengan majoriti berbangsa Melayu (70%), diikuti Cina (17%), India (9%) dan lain-lain (2.8%).

Johari bersaing dalam pertembungan empat penjuru membabitkan Dr Rosni Adam (Perikatan Nasional), Khairuddin Abu Hassan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Elill Easwaran


Previous post