
PETALING JAYA: Seorang pemilik syarikat ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menggunakan dokumen mengandungi butir matan palsu untuk memperdaya dan mendapatkan wang kira-kira RM20,000 bagi pembekalan televisyen.
Sumber berkata, suspek lelaki berusia 30-an dikatakan mendapatkan wang itu untuk membekalkan enam televisyen 65 inci sedangkan hanya empat unit dibekalkan.
Katanya, suspek dipercayai ditahan kira-kira 4.30 petang tadi di pejabat SPRM Pulau Pinang ketika diminta hadir memberi keterangan.
“Suspek dipercayai melakukan kesalahan itu pada 2023. Suspek mengemukakan sebut harga dan pembekalan yang mengandungi butir matan palsu kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) salah sebuah sekolah kebangsaan di Balik Pulau, Pulau Pinang.
“Jumlah pembekalan yang tidak dilaksanakan iaitu sebanyak dua unit televisyen…